Friday 23 November 2018

KHASIAT HALBA UNTUK WANITA






( wanita melayu lama : sumber carian google)



        Biji halba biasa digunakan dalam masakan orang asia terutamanya Asia Tengah,Asia Selatan, dan Asia Tenggara.



         
Manfaat dan khasiat biji halba memang terlalu banyak boleh di 'google' kebaikannya. Ia bukan sahaja terbukti secara saintifik,tetapi telah digunakan sejak zaman berzaman dalam amalan perubatan tradisional.

Saya ingin berkongsi penggunaan biji halba yang berguna dalam pengalaman hidup saya dan keluarga saya merawat masalah kesihatan. Biji halba sangat luas kegunaannya dalam Perubatan Tradisional Melayu.

Ada 5 kegunaan halba yang biasa saya gunakan selain dalam masakan
; dibuat air minum untuk cuci rahim dan saluran lain dalam tubuh, diminum untuk tambahkan susu badan, digunakan untuk bertangas,digunakan untuk tuam bayi dan digunakan dalam air mandian.

           1. MINUM AIR HALBA BAIK UNTUK CUCI RAHIM DAN SALURAN LAIN DALAM TUBUH.

( rajah lakaran rahim wanita)

Beberapa tahun yang lalu, saya telah mengalami keguguran semasa mengandungkan anak ketiga. Sewaktu itu saya memang tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan penjagaan ibu keguguran. 

Bidan yang mengurut ,telah mengajar saya untuk mengamalkan rutin minum air rebusan halba sepanjang tempoh berpantang. Halba sangat sesuai dijadikan herba minuman ibu berpantang terutama keguguran.
Katanya, air rebusan halba sangat bagus kerana ia mampu membantu mencuci darah kotor dengan efektif. Halba mampu melancarkan perjalanan darah, membersihkan segala salur-salur dalam tubuh membuatkan badan rasa cergas dan lebih bertenaga (tidak lesu). Memang terbukti. Tubuh saya yang lesu dan tidak bermaya bertukar menjadi segar berpeluh sebaik saja saya amalkan minum air rebusan halba.  
Air rebusan halba tidak bersifat terlalu panas seperti air akar kayu yang mana bersesuaian dengan keadaan ibu keguguran.

Sekali lagi minuman air rebusan halba ini menjadi  minuman harian saya sewaktu doktor menyatakan bahawa berkemungkinan rahim saya ada ketumbuhan awal (melalui hasil 'scan').
 Saya mengamalkan beberapa petua pemakanan tradisional yang lain selain mengamalkan minuman air halba.

Hasilnya, pemeriksaan kali kedua doktor pakar mengesahkan rahim saya bebas dari sebarang ketumbuhan dan ia berkeadaan baik. Dengan izin Allah swt.

Menurut laporan Harian Metro juga, dalam tajuk 'Menyingkap Rahsia Halba' ada memberitahu bahawa kajian menunjukkan biji halba ini dapat menurunkan kadar gula dalam darah selain mengatasi masalah pencernaan. Masalah pencernaan ini termasuk bronchitis,batuk,kembung,sakit tekak,pamas badan sehingga menyebabkan ulser pada rongga mulut.
Jadi,anda boleh amalkan selalu terutama bagi wanita yang dalam tempoh haid atau datang bulan.



2.MINUM AIR HALBA UNTUK MENAMBAH SUSU IBU.

              Ya benar, dalam petua tradisional, turut memperakui bahawa air rebusan
halba sangat berguna untuk menambah  susu ibu.
 Air rebusan halba diminum menggantikan air kosong.   sukatannya boleh disuaikan dengan keperluan ibu dan keselesaan bayi. Ini kerana halba adalah selamat untuk bayi. Ia tidak memudaratkan cuma sukatan yang tak sesuai mungkin buat bayi cirit birit.maka dosnya dalam minuman ibu boleh dikurangkan.


3. DIGUNAKAN UNTUK BERTANGAS


Biji halba sangatlah penting dan sememangnya menjadi antara bahan utama untuk aktiviti BERTANGAS ,samada tangas kering dan tangas basah. Ia samada ditumbuk bersama bahan lain dan dicurah ke atas batu panas atau direbus dengan bahan lain untuk mendapatkan wapnya. 

Aktiviti bertangas biasa dilakukan :
1.  Sewaktu Penghujung tempoh berpantang.
2. Selepas habis tempoh haid atau hujung tempoh haid.
3. Sewaktu rawatan kesihatan atau kecantikan wanita. 

Bertangas sebenarnya memberi impak besar kepada kesihatan  faraj dan rahim wanita yang sukar untuk diyakinkan selagi anda tidak mencubanya sendiri. 
Sebab itu ia menjadi salah satu langkah Penting dalam proses rawatan 'pulih dara' bagi orang dulu-dulu.

Ia bukan sekadar bertumpu untuk merapat atau mengemaskan otot faraj,atau membersih dalaman, tetapi ia juga membantu merangsang semula masalah sensitiviti organ seks yang sudah 'luntur'( ada yang menyebut sebagai masalah mati putik ).

4.DIGUNAKAN UNTUK TUAM BAYI


 Bayi kecil sangat mudah terdedah pada angin . Lalu membawa kepada masalah kembung perut dan angin pasang pada bayi lelaki. 

Tuam kain digunakan untuk memanaskan bayi biasanya selepas mandi. Dalam bunjut kain tuam tersebut mengandungi biji halba dan biji herba yang lain digoreng kering. Bayi akan berasa sangat selesa selepas dituam .



5.DIGUNAKAN UNTUK MANDIAN 



Bagi ibu-ibu yang bersalin, atau wanita datang bulan,atau keguguran, air mandi herba atau air daun sangat elok diamalkan untuk membantu kelancaran darah dalam tubuh. Terutama bagi membuang darah kotor. 

Mandian daun atau herba menjadi kewajipan ibu-ibu dalam pantang.
Mandian dari air biji halba adalah salah satu  jenis mandian yang sangat efektif .  Masukkan biji halba dalam air rebusan mandian anda.  Tubuh kita akan terasa lebih segar dan sihat.

Wanita-wanita yang tidak berpantang juga ,digalakkan mandi air rebusan halba terutama apabila badan terasa penat,lesu akibat tugasan harian . Anda akan berasa perbezaannya.  

Saya akui keberkesanan biji halba dalam merangsang otot dan saraf yang lemah. Ini terbukti dalam satu peristiwa,apabila kaki datuk saya ditimpa batang pokok  besar satu masa dahulu. Ia berlaku sewaktu hujan yang sangat lebat. 

Akibat peristiwa tersebut , datuk saya lumpuh kakinya . Opah saya tidak putus asa dalam merawat datuk saya secara tradisional.
 Kerana keadaan kewangan yang tidak mengizinkan waktu itu, opah saya menggunakan hanya  rendaman air biji halba dan kucai menggosok kaki datuk setiap hari,pagi petang. Dengan izin Allah swt, selepas tiga bulan, datuk saya kembali boleh berjalan malah bekerja seperti biasa.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.