Wednesday 19 December 2018

KEISTIMEWAAN DAUN SIRIH

   


Daun sirih sangat sinonim dengan masyarakat asia dan terutamanya masyarakat Melayu. Sirih menjadi bahan penting dalam adat istiadat tertentu, termasuk tepak sirih yang digunakan dalam adat istiadat peminangan, pernikahan dan lain-lain.

Malah peribahasa melayu dan ungkapan-ungkapan puitisnya sering menjadikan sirih sebagai perumpamaan .

Di pasaran Malaysia juga terdapat banyak produk dari sirih ,antaranya jenama pencuci wanita yang berasaskan sirih.
Sirih atau nama saintifiknya Piper batle L. dari keluarga piperaceae adalah tumbuhan atau pokok renek yang memanjat dengan daunnya berbentuk lonjong lancip ke bawah.
(Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm#ixzz5aAUFFDWc






Sirih terlalu banyak keistimewaannya.

Berikut adalah petikan  dari blog dan website mengenai daun sirih:


Jenis-Jenis Daun Sirih

Sirih Merah
Sirih Hitam
Sirih Jalu
Sirih Bulu
Sirih Silver
Sirih Variegata atau Sirih Putih
Sirih Philipine
Sirih Darah
Sirih Wulung
Sirih Irian
Daun sirih merah dan daun sirih hitam sering digunakan dalam bidang perubatan kerana ia mudah untuk di dapati di negara ini.



Apakah Khasiat Daun Sirih Kepada Manusia?

-Menguatkan gigi
Mengunyah daun sirih mampu membuat gigi menjadi lebih kuat dan tidak mudah berlubang.



-Mengubati gigi berlubang
Ia juga mampu mengubati sakit gigi dan gusi bengkak. Sakit tersebut akan beransur hilang dengan perlahan-lahan.



-Membersihkan mata
Air rebusan daun sirih dapat digunakan untuk membersihkan mata kerana khasiat daun sirih dapat membunuh kuman.



-Menghilangkan bau ketiak
Penggunaan daun sirih dapat menghilangkan bau ketiak.



-Mengubati masalah keputihan
Daun sirih dipercayai boleh mengubati masalah keputihan dengan merebus daun sirih tadi dan diminum ataupun digunakan sebagai air untuk mencuci vagina wanita.



-Menghilangkan bau mulut
Jika anda kerap berkumur menggunakan air rebusan daun sirih, bau mulut akan beransur hilang.



-Mengubati luka
Ia juga mampu mengubati luka akibat kulit yang terbakar kerana sifat daun sirih yang sejuk. Anda hanya perlu menampalkan daun sirih yang sudah dipanaskan sehingga layu pada kawasan luka tadi.



-Mengubati hidung berdarah
Jika anda mengalami hidung berdarah, gulungkan daun sirih dan sumbatkan ke dalam hidung supaya darah berhenti keluar.



-Ubat kepada gatal-gatal
Gatal-gatal pada kulit juga boleh dihilangkan dengan meletakkan daun sirih yang sudah ditumbuk dan biarkan ia seketika.



-Mengusir serangga
Selain dari mengubati penyakit bagi manusia, khasiat daun sirih mampu mengusir semut, nyamuk, lalat dan serangga lain di sekitarnya.



-Penawar kepada demam denggi
Mengalami demam denggi pastinya akan membuatkan anda resah, justeru dair rebusan daun sirih boleh mematikan kuman penyebab demam denggi.



-Mengubati masalah haid
Sekiranya anda mengalami haid yang tidak teratur, anda digalakkan untuk meminum air rebusan daun sirih.


-Mengubati penyakit pernafasan
Ia juga mampu mengubati penyakit lelah ataupun asma serta batuk. Sediakan air rebusan daun sirih dan minum air tadi bersama sedikit madu ataupun kumur sehingga ke kawasan kerongkong.



-pencegah kepada sakit jantung
Sediakan tiga helai daun sirih, tujuh biji pisang, tiga ulas bawang merah dan sedikit jintan putih dan tumbukkan kesemua bahan-bahan tadi. Kemudian ia dicampur dengan air panas untuk dijadikan minuman. Minum air tersebut dua kali sehari.



-Penawar penyakit siflis
Penawar kepada penyakit siflis dengan merebus daun sirih bersama sedikit gula dan garam, kemudian minum air tersebut.



-Melancarkan pembuangan air kecil
Ia juga melancarkan pembuangan air kecil. Daun sirih memiliki sifat diurektik yang dapat membantu melancarkan pembuangan air kecil.



-Menyembuhkan sakit kepala
Sakit kepala merupakan salah satu masalah kesihatan yang paling umum dan boleh menyerang sesiapa saja. Kelebihan daun sirih yang memiliki sifat mendinginkan dapat membantu menyembuhkan sakit kepala biasa malah juga migraine.



-Menyembuhkan sembelit
Jika anda sering mengalami sembelit, anda hanya perlu mencelup daun sirih bersama minyak sayur dan letakkan daun sirih tersebut di kawasan dubur beberapa saat. Ia dapat menyembuhkan masalah sembelit

Sumber tulisan: http://www.wom.my/kesihatan/petua-pemakanan/khasiat-daun-sirih/#ixzz5aAV2GMyP 



Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda.